Tuesday, April 21, 2015

Maklumat Terkini

Assalammualaikum wbth,
Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor.

MAKLUMAT TERKINI

Sudah menjadi lumrah, setiap yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Begitu juga kepimpinan yang sentiasa berubah mengikut situasi. Justeru itu, suka saya memaklumkan bahawa berikut adalah kepimpinan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi penggal tahun 2013 - 2016.

Pengerusi : Tuan Haji Najahan Bin Maskom, 013-7651682
Alamat : No. 1, Jalan Kempas 17, Taman Megah Ria, 81750 Masai, Johor

Selamat maju jaya kepada semua.

Mencari ilmu tiada sempadan,
Jelajah dunia mahupun seberang lautan,
Selagi ada kemahuan di situ ada jalan,
Jangan lupa Allah pemberi kejayaan...

Sunday, September 4, 2011

Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN



Di samping menyediakan pembiayaan pinjaman pendidikan, PTPTN juga menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) khusus kepada pelajar-pelajar baru IPTA yang layak sebelum pelajar mendaftarkan diri. Mulai tahun 2010, PTPTN telah meluaskan skop penyediaan kemudahan WPP kepada pelajar-pelajar yang ditwarkan ke Politeknik (program Diploma) di samping skop sedia ada untuk pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di IPTA.


Dasar pemberian WPP yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat persediaan awal untuk memasuki IPTA dan sekali gus meringankan bebas kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa. Kelayakan mendapat WPP adalah seperti berikut:-


i. Warganegara Malaysia

ii. Pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM4,000

iii. Tidak pernah menerima WPP atau pembiayaan pendidikan PTPTN

iv. Memaklumkan bahawa memerlukan WPP semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik melalui UPU


WPP ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak melalui waran CIMB Bank bernilai RM1,500 yang mempunyai tempoh sah laku selama sebulan daripada tarikh yang dicatatkan pada waran. Pelajar-pelajar boleh menunaikan waran ini di mana-mana cawangan CIMB Bank sahaja. Penunaian HANYA dibuat di kaunter bank dan tidak boleh dimasukkan melalui mesin deposit cek. Pelajar perlu mengemukakan kad pengenalan sewaktu menunaikan waran ini.


Bagi pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan pendidikan oleh PTPTN, WPP yang ditunaikan ini akan ditolak (sebanyak RM500 setiap semester) semasa pengeluaran pembiayaan dibuat. Manakala bagi pelajar-pelajar yang tidak memohon pinjaman pendidikan PTPTN hendaklah membuat penyelesaian penuh secara sekali gus seperti yang telah ditetapkan.



Monday, March 1, 2010

sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009











Jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Hj. Nordin di atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 pada 27 Februari 2010 lalu di SK Pasir Gudang 4.

Terima kasih juga kepada Ybhg. Encik Supiandi bin Yusoff selaku wakil kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan Encik Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar SK Pasir Gudang 4 serta semua guru-guru SK Pasir Gudang 4 yang membantu melancarkan lagi majlis ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan 247 orang pelajar Melayu/Bumiputera yang telah mengharumkan nama Parlimen Pasir Gudang dan hadir meraikan majlis.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini seperti Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Thursday, December 10, 2009

Perubahan Kepimpinan Biro Pelajaran & Kemahiran UMNO Bahagian Pasir Gudang

Salam kepada semua,

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 4 Disember 2009 lalu telah memutuskan rombakan kepada beberapa buah biro bagi memantapkan lagi gerakerja menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Salah satu biro yang terbabit adalah Biro Pelajaran dan Kemahiran. Mulai 5 Disember 2009, Pengerusi Biro Pelajaran dan Kemahiran adalah Tuan Haji Ahmad bin Daud. Saudara Mohd Khatim bin Othman pula kembali ke biro lamanya iaitu Biro Latihan.

Bagi pihak biro, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohd Khatim dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Ahmad.


p/s semoga Sdr. Mohd Khatim tabah hadapi dugaan Tuhan apabila puteri kesayangan dimasukkan kembali ke Unit Rawatan Rapi semalam.

Monday, November 16, 2009

Majlis Penyampaian Peruntukan Sekolah-sekolah Dalam Parlimen Pasir Gudang

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia,

YB Dato' Seri Mohamed Khaled b. Hj. Nordin akan menyerahkan peruntukan kepada sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Gudang pada ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 21 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Bandar Seri Alam 1

Tn/Pn Pengetua, Guru Besar dan YDP sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Gudang dijemput hadir.

Monday, November 2, 2009

Habuan Kepada 3 Terbaik SPM Pasir Gudang 2009


Pelajar SPM Terbaik : RM5,000
Pelajar SPM Ke-2 Terbaik : RM4,000
Pelajar SPM Ke-3 Terbaik : RM3,000
Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan habuan yang akan diberikan kepada calon SPM Terbaik 2009 peringkat Parlimen Pasir Gudang.
Nasihat beliau, habuan adalah ganjaran tetapi kejayaan mutlak adalah milik abadi mereka yang berusaha gigih mendapatkannya.
Harta akan habis tetapi ilmu kekal selamanya.
Good Luck

Sunday, October 25, 2009

Semua Calon SPM, STPM Pasir Gudang




Pastikan kejayaan menjadi milikmu, kan ada ganjaran menantimu.
Ikhlas daripada,
YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Menteri Pengajian Tinggi
Pengerusi dan AJK, Biro Pelajaran Kemahiran UMNO Bahagian Pasir Gudang